Laman Web Cikgu Ismi
Halaman Cikgu Ismi
Pertama sekali saya berasa teramat bersyukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia darinyalah maka saya dapat lagi untuk membangunkan satu lagi laman atau wadah yang dapat diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat dalam usaha untuk mempraktikan 'Pembelajaran Sepanjang Hayat'.
Dalam Islam juga ada mengatakan kewajipan menuntut ilmu itu adalah mulai kita lahir dan sehinggalah kita menemui Allah s.w.t. Dengan erti kata lagi proses pembelajaran ini tidak mempunyai noktah untuk kita merasa berpuas hati dan untuk kita tamatkan setelah merangkul segulung Diploma/Ijazah/Master/PhD dan sebagainya. Selagi hayat ini dikandung badan selagi itulah kita harus meneruskan proses pembelajaran untuk seterusnya.
Justeru itulah dalam ruangan yang terhad ini, marilah kita sama-sama bertukar-tukar fikiran demi pembangunan Ummah khususnya.
Wallahualam.2008-06-01 12:59:11

